Unit Hal Ehwal Kokurikulum Maktab Rendah Sains MARA Muar merupakan sebuah unit yang diwujudkan secara umumnya sebagai suatu unit yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan semua hal ehwal yang berkaitan dengan kegiatan kokurikulum pelajar. Tanggungjawab tersebut termasuklah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum, program pertandingan dan rekreasi/riadah pelajar.

Unit ini ditadbir urus oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum dan ahli jawatankuasa yang dilantik.